Ayam Baleng. Nama bagi ayam laga yang selalu disebut di kampung aku ketika aku masih di bangku sekolah. Sampai sekarang aku tak faham maksud baleng yang menjadi gelaran ayam laga tu.Tapi cerita ni dah jadi sejarah.
Memang aku minat pelihara ayam laga. Tak hairanlah minat ini menebal dalam diriku kerana bapaku juga mempunyai minat yang sama lebih dahulu dariku. Sampai sekarang di rumah bapaku masih ada lagi dipelihara spesis ayam laga ni.
Bapaku beli ayam laga dari kapal garam dari Siam yang berlabuh di jeti Pasar Kedai Payang. Sekitar tahun 60an. Bila sampai di rumah, bapaku kurung ayam dalam sangkar buluh bulat. Cantik dan seni sangkar ayam laga ni. Aku ingat dah tak ada dah sangkar bentuk ni, tapi bila aku layari blog peminat ayam laga, rupa-rupanya masih ada lagi sangkar jenis ni.
Tapi seingatku sangkar dulu-dulu lebih kemas, besar, cantik dan berseni.
No comments:
Post a Comment