Monday, October 12, 2015

KUCING

Pemangsa utama burung selain helang dan ular adalah kucing. Boleh kata setiap minggu ada je burung yang dibawa balik oleh kucing peliharaan anak aku yang diberi nama milo. Biasanya ciak rumah. Setakat pemerhatian aku milo tak pernah usik anak ayam samada yang baru menetas atau yang dah sebesar penumbuk. Anak-anak ayam yang lalu depan hidung milo pun tak diusiknya.

Yang aku hairan bila anak-anak ayam dari ibu Sitam mula hilang seekor. Sayang juga aku dengan anak ayam yang hilang tu. Hasil kacukan dengan bapak si hutan. Siasat punya siasat akhirnya aku bertemu jawapan kes kehilangan anak ayam tu. Rupa kucing orang atau kucing liar punya angkara. Dah beberapa kali aku hendap dan memang benarlah kucing yang warna putih tompok kelabu yang berusaha menangkap anak ayam nasib baik disedari ibu Sitam. tak cukup tanah penjenayah tu lari dibelasah oleh Sitam. 

Apa yang patut aku buat? Aku tak suka kurung ayam dalam reban. Aku lebih suka tengok anak-anak ayam belari kejar mengejar berebut cacing atau serangga yang dijumpai ibunya Sitam. Aku juga tak suka bunuh kucing. Setakat baling dengan batu kecil ok je lah. 

Setakat ni aku terpaksa lepaskan ibu Sitam dengan anak-anaknya secara berjadual. Biasanya sebelah petang balik dari pejabat dan hari minggu sabtu ahad jika aku tak kemana-mana. Mudah-mudahan selamatlah anak-anak ayam aku sehingga berkokok dan bertelor nanti.  

Wednesday, September 23, 2015

KACUKAN BERHASIL

Susah sangat nak dapat baka dari jalak, akhirnya aku kacuk je sitam dengan ayam hutan. Berhasil! Dari 12 biji telur sitam, 6 biji masuk ke perut anak-anak aku. 6 biji lagi aku eramkan. Semua menetas. Dua hitam ikut ibunya, empat lagi ikut bapak hutan warna coklat, cantik. 

Ibu Sitam bermandi pasir

Sijantan Hutan

Yang ni ayam ayah ku di Marang, baru di beli. Si Betinanya seperti kacukan ayam hutan juga






Wednesday, September 9, 2015



ayam baru

HASRAT

Assalamualaikum....
Lama dah tak masuk laman ayam baleng ni. Kerja, kerja dan kerja tak habis-habis. Dapat sikit masa ni pun masa berehat di kampung kerana menziarahi Mak Ayah. Masa di kampung ni banyaklah hasrat di hati untuk melaksanakan beberapa perkara yang menyukakan Mak Ayah. Hasrat pertama dah selesai. Alhamdulillah. Bersih dan terang kawasan reban ayam Ayah. Senang dia nak bagi makan ayam dan tak risau apa yang bersembunyi dalam belukar pisang dan rumput yang panjang. 

Dalam usia yang mencecah 80an, ayah masih lagi bersemangat memelihara ayam dan bercerita pasal ayam. Apa taknya sejak usia remaja lagi ayah telah berjinak-jinak dengan hobi memelihara ayam.
Ayah pernah membuat keputusan yang amat sukar juga aku rasakan untuk berhenti memelihara ayam. Dia tak mahu menyusahkan anak-anak disebabkan ayam peliharaannya menabur baja merata-rata hingga ke anak tangga. Termenung juga ayah dua tiga bulan selepas kesemua ayam-ayamnya dijual dengan harga yang murah. Benar jangkaanku hanya dua tiga bulan bertahan, akhirnya dia beli ayam baru. haha. sekarang ada sepasang. Boleh tahan elok ayam laganya. Nanti akau tampalkan gambar ayam laga ayahku yang baru. sekian dulu... ada lagi hasrat yang belum tertunai nanti aku cerita lain kali.  

Wednesday, February 25, 2015

Kita Merancang Dia Menentukan

Jam 6.30 ptg tadi dengar suara anak ayam. Rupanya seekor anak si hitam yang baru menetas dah terjatuh dari sangkarnya. Setelah letakkan kembali kesangkar tergerak hati nak tengok 9 biji telor yang belum menetas. Ambil sebiji dan goncang perlahan berkocak seperti bunyi air. Tembelang! ambil sebiji lagi.. tembelang juga! sampai biji yang kesimbilan... semua tembelang. Agaknya benarlah kata orang telur sulong buat makan aje sebab kalau diramkan pun takkan menetas. Redholah hamba dengan ketentuanNya. 

EMPAT BELAS BIJI TOLAK EMPAT

Sebulan berada di laman rumah akhirnya si Bintik Hitam berhasil menelurkan telurnya sebanyak 14 biji. 4 biji selamat turun ke perut tinggal lagi 10 biji. Berdasarkan bunyi suara si bintik hitam menandakan ia akan mengeram. Memang tepat jangkaan ku, ia dah naik sangkar dan tak mau turun lagi pada 23 Feb 2015. Di jangka pada 15 atau 16 Mac akan menetas. Selamat mengeram Si Bintik Hitam. 



Si Hitam pula esok atau lusa akan menetaskan telurnya sebanyak 10 biji juga insyaallah. Selamat menetas kali pertama hehe...













Monday, February 2, 2015

Masuk Sangkak

Telur kedua selepas tiga hari berada di laman.



Bertelur di sangkak sendiri. Aku  dah siapkan satu lagi sangkak untuk ibu hitam bintik putih. Kedudukan sebelah kiri untuk ibu bintik sebelah kanan untuk ibu hitam.


Setelah seharian berada di sangkak mengeramkan telur, si Hitam keluar mencari makan, cantik hitam berkilat hujau.



Mencari Ayam Laga Kaki Kewek

Nostalgia

Masa kecil selalu bersama bapak beri makan ayam. Banyak-banyak ayam ayam laga kaki kewek menarik perhatianku. Bapak sering tangkap ayam kaki kewek dan tunjukkan kelebihannya. Memang pelik bagiku ketika itu kerana sisik-sisik besar pada batang kaki terdapat pada tapak kaki ayam kaki kewek tersebut. 

Kalau dapat nak juga memiliki ayam pelik ni, mudah-mudahan, aamiin

Mengeram Sekor Dapat Sekor

Akhirnya... setelah 10 biji betelur, sampai masa untuk mengeram. 4 biji yang pertama aku dah rebus separuh masak, tinggal 6 biji. Aku jangkakan sebiji lagi telur bongsu akan keluar. Begitulah kebiasaannya. Tapi aku dah bercadang nak ramkan telur bongsu dengan ayam betina yang baru masuk reban. Kawan hadiahkan.



Pendatang baru pun dah bertelur sebiji semalam. Mungkin telur dari baka si jalak dari rumah kawan. Kira bonus lah tu. Telur tu dah aku asingkan di sangkak baru sambil menanti telur bongsu betina sitam. Ini dia pendatang baru, hitam bintik-bintik putih.


Sedang menunggu pendatang ketiga dari Terengganu, mudah-mudahan sampai dengan selamat.

Saturday, January 31, 2015

Indahnya Ciptaan Allah

Warna Warni Ayam Laga

Hobi dan minat memelihara ayam laga belum mencapai kepuasan hakiki jika hanya melihat warna, lagak dan ketangkasan ketika berlaga. Kepuasan hakiki boleh dikecapi bila melihat dari sudut keindahan dan rahsia ciptaan yang Maha Mencipta.

Secara semulajadinya apa saja jenis ayam, ayam jantan amat menjaga kawasan kekuasannya. Tanda dan amaran kawasan biasanya diisytiharkan dengan kokokan. Tetapi bila ayam jantan bertemu dengan ayam jantan yang lain yang belum pernah ditemuinya yang mencerobohi kawasanya, ia akan menunjukkan aksi kejantanan dan kekuatannya dimulai dengan kokokan nyaring memberitahui sempadan kawasannya. Kemudian ia menunjukkan aksi kekuatannya menghampiri lawannya secara berhati-hati sambil menilai kelemahan dan kekuatan lawannya. Sebab itu lah kadang-kadang pertempuran tidak berlaku bila masing-masing mengetahui kekuatan lawan yang sukar ditandingi. Pertempuran hanya berlaku bila ada tanda-tanda kelemahan dapat dikesan di satu pihak. Serbuan akan berlaku yang dimulai oleh ayam jantan yang lebih kuat.

Bagi spesis ayam laga, pantang undur bila diserbu. Sifat kedegilan yang dimiliki ayam laga kadang kala sanggup bertempur hingga mati. Ini tidak berlaku kepada ayam spesis biasa seperti ayam kampung. Bila kesakitan ayam kampung akan cabut lari.

Sepatutnya begitulah sikap kita, Mengenali kawasan sempadan rumahtangga kita. Jangan sesekali mencerobah. Kita ada ahli keluarga yang perlu dijaga dan dipertahankan keselamatan mereka. Jangan menjadi dayus membiarkan ahli keluarga kita diganggu tanpa melakukan apa-apa. Jangan mencari musuh. Nabi kita pernah bersabda yang mafhumnya, jangan kita bercita-cita mencari musuh tetapi bila kita berhadapan dan bersua dengan musuh kita, jangan sesekali berundur sambil kita memperbanyakkan mengingati Allah. 

Bila kita mengetahui permusuhan membara yang berlaku di antara sahabat kita, jangan sesekali kita menjadi orang yang mencurahkan minyak, pergaduhan pasti berlaku. Jangan mengadu domba nanti kita menerima akibatnya, walaupun selamat di dunia di akhirat pasti diambil kira. Kadang kala perbalahan belum tentu berlaku tetapi di sebabkan kita, ada yang luka cedera menanggung derita. Ayam laga oh ayam laga! 

Lihatlah sahabat-sahabat kecantikan ayam laga. Warna dan aksinya amat menarik. Gambar ini diambil dari Blog Pak Teh, ayam laga utara. Mohon maaf Pak Teh tak minta izin tlebih dahulu siarkan gambar ayam dari blog ayam laga utara Pak Teh tu. Cantik ayam nii Subhanallah ...


                                      

                                                          

 

Ini adalah sebahagian kecil warna yang dimiliki ayam laga. Kalau rajin lihat blog ayam laga, macam-macam warna kita boleh lihat.

                 

Wednesday, January 28, 2015

Pindah Rumah Beli Rumah

Kata orang tua-tua tujuh kali pindah jadi fakir. Tak ada dalil dari Quran atau hadis yang menyokong pendapat ini. Cuma mungkin kos untuk pindah randah bukan sedikit, silap-silap boleh bawa fakir. Atas sebab-sebab sebeginilah aku putuskan untuk beli rumah. Alhamdulillah diizinkan Allah. Kini dah ada rumah yang ada halaman untuk bercucuk tanam sayur mayur sikit untuk makan sendiri. Guna baja asli sayur tahan penyakit. Nak dapat baja asli kenalah bela ayam dua tiga ekor haha. Ayam lagalah. kena lah buat reban. Siap dah. Dah ada reban kena cari ayam laga. Dah ada dapat dari abang tukang yang buat penyidai hari tuh. Yang betina dah betelur 6 biji. Syukuur Alhamdulillah. 

Mudah-mudahan ayam laga aku membiak beranak pinak. Ketika itu boleh lah aku buat perancangan ternakan ayam laga secara besar-besaraan untuk pasaran. Kenalah cari kawasan yang lebih luas untuk merialisasikan angan-angan mat jenin aku ni. haha... 

KERJA DAN HOBI

Balik dari oversea, terus dapat kerja sebagai pendidik di sebuah pusat pendidikan swasta di Klang. Gajinya boleh tahanlah. Menyewa di sebuah rumah di Kg Sg Pinang Klang. Luas kawasan persekitaran rumah sewa kerana berada di hujung kampung. Berjiran dengan Abang Minang yang minat bela ayam laga. Ketika bercuti di Kampung aku ambil sepasang ayam laga kepunyaan bapaku dan dibawa ke Klang. Pendek cerita membiak ayamku. Sering bertukar baka dengan abang minang tu. Hinggalah suatu hari datang mamat Indo berkenan dengan ayam jantan aku. Dia nak beli. Aku tak jual kerana aku dapat tahu mamat ni suka berjudi laga ayam. oleh kerana sikap tak putus asa dia, aku jadi bosan akhirnya aku masukkan ayam lagaku dalam periuk belanga. Tambahan pula waktu tu aku dalam proses pindah rumah sewa dalam kawasan pagar masjid. Hobiku terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Tahun 2000 aku pindah pulak tempat kerja di Kuala Kubu Bharu. Duduk di Kuarters kerajaan ada kawasan dan laman luas. Aku sambung balik hobi lama bela ayam laga yang aku ambil dari rumah bapaku di Terengganu. Ni dia ayamnya




Hobi aku kali ini terpaksa ditangguhkan lagi. Semua ni berlaku ketika ayam lagaku sedang membiak. Kali ni sebab pindah rumah ke taman perumahan yang lamannya sempit. Kalau diteruskan hobi ni mengganggu jiran. Semua ayam tu aku bawa balik ke Pahang rumah mertuaku di Kuala Lipis. Dengar cerita semua ayam tu dah hilang tak dapat dikesan.



Friday, January 23, 2015

Minat Ayam Laga

Tinggal di Taman Perumahan tak sama tinggal di kampung. Tak ada yang menafikannya. Tapi minat tetap minat. Tak ada beza di Taman Perumahan atau di Kampung Halaman. Jadi aku bela juga ayam laga walaupun duduk di Taman Perumahan. Nak buat macamana ... dah minat. Mungkin perbezaannya adalah cara ternak tu berbeza. Ayam tak boleh dalam jumlah yang banyak. Reban kena bersih. Keizinan jiran sebelah menyebelah perlu. HaHa cara sebegini perlu ke kat kampung kita?

Ntah macamana rezeki nak masuk. beberapa bulan lepas, isteri minta buat penyidai di luar. Aku panggillah tukang. Bukan aku tak pandai buat penyidai tapi tak cukup alat nak buat. Huhu.. Datang le tukang dua orang. Siap penyidai besi dengan tali besi besalut hijau. Sembang-sembang dengan abang tukang dapat tahu duduk tak jauh di kampung tak jauh dari Taman. Ada bela ayam katanya. Baru aku nak buka topik ayam dengan tukang ni, datang pulak kawan aku nak bincang sesuatu. Dah terencat. Abang tukang dah melangkah balik lepas diberi upah. Aduiih.. 

Esoknya.. Ayam kampung? Ayam Laga? Ayam apa? Ayam kampung? Ayam Laga? Ayam apa? Tak senang aku dibuatnya. Akhirnya dah tak tahan.. aku carik rumah abang tukang. Jumpa! Wow!! Ayam Bapok ayam laga!!.  Berbunga balik minat aku. "Rahim.. kalu minat ambik je lah sepasang dua bawa balik..." Korang bayangkanlah!!

Ni dia ayam tuh... sabaaar..nanti lain kali aku postkan


Ayam Bapak

Ayam Bapok. Panggilan orang Terengganu untuk ayam jantan. Bapok juga bermaksud amat besar bagi orang Terengganu. Kali ni aku nak cerita ayam bapok kepunyaan bapaku. 

Kampung Tanjung Mengabang. Nama kampung tempat aku dibesarkan. Banyak ayam laga di kampung ni dulu, termasuklah ayam laga peliharaan bapaku. masa sekolah rendah dulu, bila balik sekolah atau hari cuti, ada ayam bapaku jadi mangsa laga haram. Tak kira ayam bapok ke, ayam kecik ke aku ambil bawa ke rumah kawan adu ayam. Biasanya ayam kecik mudalah aku ambil. Selalunya ayam aku lah yang menang. Semua tu dah jadi sejarah. 

Sekarang inilah baka ayam laga peliharaan bapaku yang masih tinggal. Tak banyak dah, sebab anak-anak dah tak suka ayam banyak. bila time nak betelor, ada kereta yang jadi mangsa. habis bercalar dicakar oleh bapok ayam yang pilih bumbung kereta sebagai sarang, bising memanggil betina supaya naik. Bapa aku pulak jenis tak suka kurung ayam. 

Ni dia ayam laga bapa aku... tak tahulah sampai bila bertahan kerana aku dengar bapaku bersungut juga nak jual ayam dia. Dah banyak masuk kuali. hehe..


Ni yang betinanya..


Amacam? garang tuu.. jumpa lagi.

Ayam Baleng

Ayam Baleng. Nama bagi ayam laga yang selalu disebut di kampung aku ketika aku masih di bangku sekolah. Sampai sekarang aku tak faham maksud baleng yang menjadi gelaran ayam laga tu.Tapi cerita ni dah jadi sejarah.

Memang aku minat pelihara ayam laga. Tak hairanlah minat ini menebal dalam diriku kerana bapaku juga mempunyai minat yang sama lebih dahulu dariku. Sampai sekarang di rumah bapaku masih ada lagi dipelihara spesis ayam laga ni.

Bapaku beli ayam laga dari kapal garam dari Siam yang berlabuh di jeti Pasar Kedai Payang. Sekitar tahun 60an. Bila sampai di rumah, bapaku kurung ayam dalam sangkar buluh bulat. Cantik dan seni sangkar ayam laga ni. Aku ingat dah tak ada dah sangkar bentuk ni, tapi bila aku layari blog peminat ayam laga, rupa-rupanya masih ada lagi sangkar jenis ni.
Tapi seingatku sangkar dulu-dulu lebih kemas, besar, cantik dan berseni.