Sunday, September 18, 2016

PEMBAKA REBAN BARU

Kali pertama lihat ayam jantan untuk dijual dalam blog otai Ayam laga Kg Langgar, hati dah terpaut. Rupa ayam ni tak ubah seperti ayam jantan bapa aku zaman aku bersekolah menengah dulu. Ayam bapa aku tu aku kelek kesana kemari cari ayam jantan kg untuk dikenakan. Hehe... nakal betul.

Tengok harga yang ditawarkan aku tak fikir panjang lagi. Tak kira berapa harga aku kena beli. Nak imbau kembali kenangan masa remaja dan dapatkan baka. Jika panjang umur bifadhlillah boleh bawa balik dusun berekar-ekar aku tu dan berkampung disana bila pencen. Hahaha

Ni dia pendatang-pendatang baru reban aku


Tuan asal dia bagi nama Jaka Tingkir, jadi aku guna nama Jaka Tingkir juga lah!


Yang ni Sitam Balung Angsa dapat dari otai Ulu Yam


Selamat di Kahwinkan hahaha


Yang Ni bini no. 2 Jaka Tingkir, aku dapat dari Padang Tengku K.Lipis. Tapi sayang bini no 2 ni ketakutan tengok Jaka jadi aku asingkan dulu

'Ala kulli hal aku ingin sampaikan ucapan Terima Kasih Nazriiii biring kunani kerana ambil cakna penghantaran Jaka Tingkir kikikikiii

Monday, September 5, 2016

AYAM LAGA BETINA

Susahnya nak dapat ayam laga betina untuk dipasangkan dengan ayam jantan kacukan ibu laga jantan hutan. Jika berduit mudah je. Ada je yang nak jual tapi mahal.Setakat ni aku tak sanggup korbankan duit untuk seekor ayam betina. Ikhtiar dulu tanya sana sini kalau-kalau ada yang nak jual ayam laga betina dengan harga yang tidak terlalu mahal. Aku pun bukan nak cari ayam betina yang gred A. Huduh-huduh pun tak apa sebab aku hanya suka tengok rupa ayam laga yang ada stail tersendiri. Aku bukan nak melaga-lagakan ayam laga peliharaan. sekadar hobi dan mengimbau zaman kanak-kanak ku.

Yang dicari-cari akhirnya muncul. Anak murid dari Klang Selangor yang belajar dengan ku bagi percuma. Dia tercerita kisah ayamnya sereban kena ligan dengan anjing liar. Rupa-rupanya dia ada juga bela ayam laga campur ayam kampung. Yang terselamat ayam laga betina dia. Jadi aku nyatakanlah hasrat nak bela ayam laga. Dengan senang hati dia menawarkan ayam laga betinanya kepadaku. Dia dah tawar hati buat masa ni nak bela ayam. 

Semalam dia bawakan ayam laga betinanya. Wah! Gred A ni.... tapi dah tua pada pengamatan aku. Sebab ayam betina laganya dah bertaji setengah inci. Entah boleh bertelur ke tidak bisik hati kecilku. Tawakkal je lah. Jadi kalau ada otai-otai ayam laga terbaca blog aku ni bagi lah pandangan. Agak-agaknya masih boleh bertelur ke tidak? Nah ini ayamnya


Jantan Menunggu yang bawah ni betina bertaji




Friday, August 19, 2016

AYAM LAGA KACUKKAN AYAM HUTAN

Anak sitam dah besar, semua aku dah sedeqahkan pada kawan-kawan. Cuma seekor tinggal di reban aku. Sekarang dah besar. Oleh kerana ibunya dari keturunan ayam laga dan bapaknya dari keturunan ayam hutan, saiz badannya lebih besar dari ayam hutan tapi lebih kecil dari ayam laga. Ciri-ciri ayam hutan masih kelihatan pada warna bulunya hitam merah dan telinga putih.


Aku bercadang mencari pasangan untuk si merah ni, tapi tak pasti jenis apa yang terbaik untuknya. adakah ibu hutan atau ibu laga. Dalam duk mikir cari pasangan si merah ni, sempat juga aku sambar ayam laga sepasang milik kawan di Pahang. Katanya jenis Pama. Aku tak tahu sangat jenis-jenis ayam laga ni. Aku tengok hampir sama je rupa bentuk ayam laga cuma yang berbeza aku lihat warnanya.

Aku sambar yang berwarna kelabu jantan dan betina warna hitam. Bolehlah ganti betina sitam yang aku dah beri pada kawan. Jenis tak boleh berniaga aku ni. Kawan nak aku bagi je. Ini kali mahu berniaga juga lah macam otai-otai ayam laga dalam blog ayam laga yang pernah aku baca dan lihat.Ini kali lah haha

Tuesday, March 29, 2016

Sitam Mendapat Cucu

Masih ingat sihitam? Dah pun bercucu. Empat ekor. Anak sihitam yang betina berbulu ayam hutan yang telah aku bagi pada rakan telah bertelur di rumahnya. Manakala anak sihitam yang berbulu ikut ibunya juga turut sama bertelur. Bagaimanapun telur anak sihitam ini aku tak eramkan kerana ia bertelur tanpa jantan dan tak boleh menetas. Jadi macam ayam telur. Enam biji semuanya aku tukarkan dengan telur anak sihitam yang berada dirumah rakanku. Anak sihitam dirumah rakanku ni telah dikawenkan dengan bapak nya sendiri yang dulunya aku pasangkan dengan ibu sihitam. aku ambil 5 biji. Cukup 21 hari menetas. Tapi sayangnya sebiji telurnya tak sempat diselamatkan. anak dah tekeluar dari kulit tetapi tersepit agaknya lalu mati.


Sihitam


Anak-anak Sihitam


Pasangan Sihitam


Anak-anak Sihitam telah dewasa. Betina Gold ni yang dibagi pada rakan. Telurnya 5 biji
kuambil eramkan dengan anak Sihitam berbulu Black


Ini anak-anak angkat Black dari telur Gold