Jam 6.30 ptg tadi dengar suara anak ayam. Rupanya seekor anak si hitam yang baru menetas dah terjatuh dari sangkarnya. Setelah letakkan kembali kesangkar tergerak hati nak tengok 9 biji telor yang belum menetas. Ambil sebiji dan goncang perlahan berkocak seperti bunyi air. Tembelang! ambil sebiji lagi.. tembelang juga! sampai biji yang kesimbilan... semua tembelang. Agaknya benarlah kata orang telur sulong buat makan aje sebab kalau diramkan pun takkan menetas. Redholah hamba dengan ketentuanNya.
Wednesday, February 25, 2015
EMPAT BELAS BIJI TOLAK EMPAT
Sebulan berada di laman rumah akhirnya si Bintik Hitam berhasil menelurkan telurnya sebanyak 14 biji. 4 biji selamat turun ke perut tinggal lagi 10 biji. Berdasarkan bunyi suara si bintik hitam menandakan ia akan mengeram. Memang tepat jangkaan ku, ia dah naik sangkar dan tak mau turun lagi pada 23 Feb 2015. Di jangka pada 15 atau 16 Mac akan menetas. Selamat mengeram Si Bintik Hitam.
Si Hitam pula esok atau lusa akan menetaskan telurnya sebanyak 10 biji juga insyaallah. Selamat menetas kali pertama hehe...
Monday, February 2, 2015
Masuk Sangkak
Telur kedua selepas tiga hari berada di laman.
Bertelur di sangkak sendiri. Aku dah siapkan satu lagi sangkak untuk ibu hitam bintik putih. Kedudukan sebelah kiri untuk ibu bintik sebelah kanan untuk ibu hitam.
Setelah seharian berada di sangkak mengeramkan telur, si Hitam keluar mencari makan, cantik hitam berkilat hujau.
Mencari Ayam Laga Kaki Kewek
Nostalgia
Masa kecil selalu bersama bapak beri makan ayam. Banyak-banyak ayam ayam laga kaki kewek menarik perhatianku. Bapak sering tangkap ayam kaki kewek dan tunjukkan kelebihannya. Memang pelik bagiku ketika itu kerana sisik-sisik besar pada batang kaki terdapat pada tapak kaki ayam kaki kewek tersebut.
Kalau dapat nak juga memiliki ayam pelik ni, mudah-mudahan, aamiin
Mengeram Sekor Dapat Sekor
Akhirnya... setelah 10 biji betelur, sampai masa untuk mengeram. 4 biji yang pertama aku dah rebus separuh masak, tinggal 6 biji. Aku jangkakan sebiji lagi telur bongsu akan keluar. Begitulah kebiasaannya. Tapi aku dah bercadang nak ramkan telur bongsu dengan ayam betina yang baru masuk reban. Kawan hadiahkan.
Pendatang baru pun dah bertelur sebiji semalam. Mungkin telur dari baka si jalak dari rumah kawan. Kira bonus lah tu. Telur tu dah aku asingkan di sangkak baru sambil menanti telur bongsu betina sitam. Ini dia pendatang baru, hitam bintik-bintik putih.
Sedang menunggu pendatang ketiga dari Terengganu, mudah-mudahan sampai dengan selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)